Tuesday 26 September 2017

Pemerenggan yang berkesan

         
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Nor Syahkilla dan Nor Azlin di sini.

Baiklah, apabila melihat dari tajuk besar kita kali ini, pembaca tahukah apa yang dimaksudkan pemerenggan yang berkesan?

Kami tahu pembaca akan geleng kepala macam adik di bawah ini:

Image result for gif hairan
Definisi "Geleng Kepala"

 
Baiklah , kami akan menghilangkan gelenggan dengan anggukan . Kita akan terangkan satu - persatu.

Pemerenggan : diambil dari kata dasarnya perenggan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perenggan bermaksud bahagian daripada muka atau bab dalam buku yang terdiri daripada beberapa baris atau lebih dikenali sebagai paragraph.

Berkesan :  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berkesan bermaksud sesuatu yang meninggalkan kesan atau bekas ataupun menimbulkan hasil.

Jika dicantumkan, pemerenggan yang berkesan membawa maksud kepada beberapa baris ayat yang dapat memberi kesan ataupun meninggalkan kesan kepada pembaca. Baiklah, ada sedikit gambaran kan? Boleh sudahkah pembaca mengganguk tanda faham? Kami boleh tolong anggukkan.

"angguk-angguk"
 

Apakah kepentingan pemerenggan yang berkesan ini :

a). Penulisan yang dibuat akan menjadi tersusun dan indah apabila dibaca oleh orang lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya sebuah pemerenggan yang baik agar ayat tersusun dan mudah difahami oleh pembaca.

b) Penulisan yang indah juga mampu meningkatkan keminatan pembaca apabila kita dapat menarik minat mereka dengan penggunaan retorik-retorik yang sesuai dengan ayat kita. Apa kaitannya? Baiklah, penulisan yang baik dapat menimbulkan minat pembaca untuk terus mengikuti penulisan kita. Jadi, penggunaan pemerenggan yang berkesan ini amat penting jika di dalam penulisan ditambah dengan pemerenggan yang kemas ditanbah dengan penggunaan retorik , saya yakin kita mampu menghasilkan penulisan yang terbaik. Faham? Mungkin ada yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan retorik? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, retorik ditakrifkan sebagai kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan ataupun pertuturan.

d) Jika mahu dibincang, memang tidak akan habis. Yang lain, pembaca sendiri bermonolog dengan diri kenapa kita memerlukan pemerenggan yang berkesan. Kami bagi  kerja sekolah, kalau sudah dapat jawapan. Boleh memberi komen di ruangan ya ;)


Contoh pemerenggan yang berkesan :

Bah, meninguk kamu contoh yang saya bagi ni(Percakapan Sabahan)
Mung tengok contoh huk aku bui ni( Percakapan Kelantan)

Ok, ini hanya selingan . Ini kami akan bagi contoh pemerenggan yang berkesan kepada pembaca.


Image result for Contoh Karangan Terbaik
Ini contoh karangan yang baik. Baca ya ;)


 
Kesimpulannya, pemerenggan yang berkesan dapat menarik minat pembaca. Sekaligus dapat melatih diri untuk menjadi penulis yang dapat menghasilkan banyak karya. Negara kita dahagakan penulis yang hebat. Mungkinkah anda penulis yang kami tunggu?



Persoalan mengapa saya menulis?

Image result for gambar menulis


   Persoalan demi persoalan mengganggu benal fikiran ini. Benarlah, manusia mempunyai sebuah perasaan yang sentiasa ingin mencari jawapan yang membelenggu minda yang diberikan oleh Sang Pencipta.

   Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa, menulis adalah sebuah kemahiran yang harus dikuasai oleh semua manusia. Menulis ini menjadi satu kewajiban yang tersemat dalam diri kerana ini amat penting dalam kehidupan kita walau di mana pun kita berada. Bagi saya, menulis ini memerlukan sesuatu benda yang mengeluarkan dakwat ataupun warna seperti pen dan lakarkan ke sebuah kertas ataupun tempat yang dapat diconteng lalu hati kita akan melahirkan sesuatu perasaan dan diterjemahkan ke dalam sebuah kertas berbentuk tulisan yang kita fahami ataupun orang lain akan fahami.

   Mengapa saya menulis?. Soalan yang begitu ironi namun saya akan terjemahkan melalui penulisan forum ini. Saya menulis kerana saya ingin melahirkan sebuah perasaan yang terbit di dalam hati saya. Ini ibarat puisi yang saya tulis semasa saya sedang gembira, bersedih , dan sebagainya. Boleh dikatakan, tanpa menulis saya tidak dapat untuk meluahkan perasaan saya. Maka, menulis ini mampu meredakan hati yang gundah gulana. Sebab kedua saya menulis ialah, menulis ini membolehkan saya mencatat ilmu yang banyak diberikan daripada cikgu dan pensyarah. Jika dibandingkan dengan mengingat, saya rasa ingatan itu tidak akan bertahan lama jikalau kita tidak mencatat nota yang diberikan oleh para ilmuwan. Harus diingati, apatah lagi kita sebagai cikgu(insha Allah), kita sangat memerlukan kemahiran menulis ini untuk anak murid dan latih diri kita untuk menulis dengan cantik dan kemas agar anak-anak murid kita dapat mencontohi tulisan kita. Sebab yang ketiga, mengapa saya menulis ialah kerana saya rasa ini adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua manusia agar kita mendapat peluang pekerjaan. Semua pekerjaan di dunia, memerlukan kemahiran menulis dan sesuatu yang bermula dari tangan. Sebagai contoh, kita menulis novel, kita melukis lukisan, kita menaip papan kekunci, jadi saya berpendapat betapa pentingnya kemahiran motor yang ada pada tangan kita.

   Kesimpulannya, menulis ini amat penting. Tanpa menguasai kemahiran menulis, kita tidak dapat mengeja, membaca, mengira, melukis dan sebagainya. Maka, gerakkan tangan anda mengikut irama pen dan tulislah selagi idea masih di otak, perasaan masih di hati. Sekian.




















No comments:

Post a Comment